lil precious

lbdf.lilypie.com/TikiBlogger.php/Ce1y

Saturday, December 29, 2012

shopping buku aktiviti

assalamualaikum semua!

tinggal lagi dua hari sebelum sesi persekolahan bermula dan juga bermulanya tahun 2013.ngam2 je kan,buka sekolah je tahun baru.usia pun dah menginjak ke..tettt.haha..

hari ni tiba2 rasa nak beli buku aktiviti budak2 tu..ralitla bila duk membelek2,pilih buku yang mana sesuai untuk budak2 ni..tadi cari buku aktiviti untuk tahun 1,4 dan 6..banyak buku2 baru dah ada,so jadi rambang mata.untuk darjah 1 pun dah banyak,yang siap untuk pentaksiran ada,senang kerja cikgu ni kan,tak payah nak letak band2 bagai..ikutkan hati nak beli banyak tapi untuk permulaan,beli sikit dulu.lagipun sekolah punya pun ada jugak..

aku suka je guna buku aktiviti,banyak sikit inputnya.kalau nak bergantung pada buku teks je macam tak cukup je.bagi aku la..jadi melabur sikit untuk buku2 ni apa salahnya kan..

sekarang buku2 banyak yang murah.kalau buku kecil saiz buku tulis tu tak sampai RM4,kalau budak2 beli untuk guna dalam kelas pun ok jugak kan..aku terfikir nak beli buku kecil ni untuk budak tahun 6.takpayahla aku fotostet je memanjang.kalau budak dah ada senang.tapi kena tanya budak2 dulula sebab ada sesetengah ibubapa keberatan nak melabur walhal untuk buku2 tambahan anak2 ni.hurmmm.payah jugak kalau macam tu.tapi rasanya kalau untuk buku harga RM4,aku rasa takde masalah kot.apa2 pun kena cuba dulu,insyaAllah boleh.

tiba2 banyak pula plan aku bila dah tau nak ajar darjah 6 dengan jadi panitia ni.semoga dipermudahkanNya..aku teringin nak tengok murid2 aku ni rasa selesa guna Bahasa Inggeris.tahun 2012 masa aku ajar tahun 2,aku sanggup tak bagi budak pergi tandas selagi mereka tak hafal ayat 'may I go to the restroom,please?' memang budak2 dah hafal ayat tu ,nak ke tandas punya pasal. lagi satu masa aku sampai sekolah,berebutnyalah nak bawak beg aku.tu pun dengan syarat kena cakap 'may i carry your bag,please?' bila dah cakap betul baru aku bagi.ada budak tu sungguh2 nak bawak beg aku,beg dah kat tangan ni,bila cakap je, 'may bag your carry please?' alahai tunggang terbalik pulak tu,sayang.tapi lama2 dia berjaya jugak..hikss

5 buah buku hasil tangkapan di PSI

seronok je bergelumang dengan kanak2 ni..tapi tahun 6 aku tak pastila.kalau tahun 2 ni aku suke,tambah2 comel2 je lagi ni.aku pernah mengajar tahun 6 tapi hanya untuk kelas tambahan sahaja.tahun depan sepenuh masa lah.kita tengok jadi apa.till then,semoga berjaya dalam apa yang kamu lakukan.<love>

No comments:

Post a Comment