lil precious

lbdf.lilypie.com/TikiBlogger.php/Ce1y

Saturday, September 21, 2013

setahun yang penuh hikmah

assalamualaikum..

setahun berjauhan dengan suami terkadang buat aku emosi,sedih kerana berada terlalu jauh dan tidak memungkinkan aku untuk bertemu suamiku.kalau jauh dalam Malaysia ni paksa jugak macamana pun nak jumpa.ku luahkan rasa hati kepada kakak2 ipar yang sentiasa di sisi..suatu sisi yang baru yang aku sendiri tidak pernah ambil peduli dan tidak sedar langsung,hikmahnya setahun berjauhan dengan suami.

kata kaklong,kakak iparku..azie memang jauh dengan edy,tapi ada hikmah di sebalik semua ni.azie perasan tak hubungan azie dengan adik-beradik ipar lebih rapat?kalau lepas kawen azie duduk dekat dengan edy,azie takkan dapat peluang ni..

Allah..sungguh aku tidak sedar semua itu..di kala aku sedih,sunyi tanpa teman,aku punya keluarga dan adik-beradik ipar yang sangat memahami..selama berjauhan dengan suamiku aku banyak berkongsi rasa,boleh dikatakan semuanya ku kongsi dengan adik2 dan kakak2 iparku..baru ku sedar setahun ini telah memberiku satu pemberian yang sangat berharga.tambahan pula aku satu2 nya anak perempuan mama dan ayah.nikmat Allah beri untuk mempunyai adik2 dan kakak2 setelah berkahwin sungguh besar.tercapai impianku untuk mempunyai adik dan kakak perempuan.Allah memakbulkan doaku.Allah...

azie sayang kaklong,kakja,farah,nabila n dayana.terima kasih Allah..aku sayang mereka..

No comments:

Post a Comment