lil precious

lbdf.lilypie.com/TikiBlogger.php/Ce1y

Wednesday, March 20, 2013


lalala..menghitung hari..well yes aku memang membilang hari.tiap2 hari aku pangkah kalendar.cuti pun aku dah apply.excited sgt ni..hihi

cepatla pulang dari tempat bersalji tu.panas kat malaysia ni best.nanti ada orang tu tak tahan panas plak. =p

Wednesday, March 13, 2013

GERAM

tajuk entri pun dah terang lagi bersuluh yg aku geram.geram dgn pengurusan yang takde angin takde ribut suke2 je paksa aku.

mentang2 penah terlibat ni nak suruh masuk lg.


stressss ceni tau tak.dahla suami jauh.ada apa2 je duk bagi alasan suami jauh,bolehla nak handle sume2 ni.

cuba ko duduk di tempat aku?

p/s: ada jugak orang yang kite suh die duduk di tempat kite taknak terima kenyataan hidup.

Monday, March 11, 2013

i'm proud of you!

kekanda pergi berjuang,adinda di medan seni..oh no i am not in the bidang seni.haha

terngiang2 lagu lama tu..tajuk lagu taktau,memang failed! tapi lagu si baju hijau tau.sebab dengar masa majlis kawen aku,deejay tu pasang.tu pun lepas die soal siasat sape ntah nak tau aku gn iskandar keje apa.kui3

entry tentang askar dan seangkatan dengannya.kenapa?sebab suami aku tentera.tentera darat.dan saya bangga! tabik!!

sejak kes lahad datu tu,polis dan tentera jadi fokus utama.banyak entri2 kat fb ataupun kat berita dan semua media massa.dengan aku2 jadi teruja,tambah2 suami pun tentera,tapi bukan ke lahad datu la dah sekarang ni beliau di Lubnan.kira berjuang jugakla kan..tapi kalau suami di kem kuching memang kena get ready ke lahad datu juge.sedey aku tengok kawan aku yang suami ke lahad datu,dipeluknya baby diorang yang masih kecil.sobs..apapun isteri kena kuat ye! dah memang tanggungjawab mereka berkhidmat untuk negara.

kalu nak kire aku anti dengan askor2 ni sebab xtaula.dari zaman aku belajo lagi aku duk tengok kawan2 duk kapel2 dengan set2 tentera ni.aku siap cakap lagi aku tak suke.well karma hits back.i'm in love with a soldier and i'm thankful.tak sangka kan bertemu jodoh dengan seorang tentera merangkap kawan sekelas aku.kui3..syukur alhamdulillah

tu sahaja entry malam ni. overall i'm proud of all soldiers out there! may Allah bless you! assalamualaikum =)

Thursday, March 7, 2013

almost 5 months

assalamualaikum,

kalu tengok tajuk mesti bajet macam dah pregnant nak masuk 5 bulan.hikss..macam pagi tadila aku cek in kat Klinik Kesihatan Bukit Payung,kak miza terus komen tanya ada isi ke tak?sensitip kalu bab2 klinik kesihatan ni.almaklumlah ibu2 mengandung kan wajib ke sini.hehehe..insyaAllah i will and soon going to Klinik Kesihatan for that one reason. =)

nak cite sal 5 bulan.pejam celik dah nak masuk 5bulan berjauhan dengan suami. tahun lepas aku hantar iskandar bulan 10.ni dah bulan 3..tibe2 cepat pulak.after hantar iskandar tu setiap hari rasa laaamaa sangat.dahla bulan 11 dgn 12 cuti.memang termenung jauhla aku ni.rasa patah kaki..nangis tu mcm dah jadi makanan ruji.aku macam takboleh terima jugakla dia ke sana untuk setahun.

then abes cuti n start keje,baru rasa OK sikit sebab bz sgt kan.ok la at least aku takde buang masa pikir bila suami nak balik jee..n now i am counting days for him to come home!rasenye ade dalam sebulan lebey kot.jom membilang hari! excited sangat2 ni,dahla da lame tak skype,just bbm n tgok gambo2 je.tapi bersyukur sgt2 sebab masih dapat berhubung walau dipisahkan dengan benua dan lautan.hehe

aku xtaula orang lain tapi 5bulan tu satu jangka masa yang agak lama untuk pasangan yang baru mendirikan rumah tangga macam aku ni.kami menikah kemudian dalam masa 3 minggu camtu suami dah ke seberang laut..masa tunang ritu dengan yakin cakap boleh terima sebab dah memang tugas dia kan.tapi sekarang ni kena kuatkan hati dan perasaan.alhamdulillah Allah sentiasa disisi dan family n family in law pun sgt2 supportive.love u olls! yang paling penting,rasa macam bercinta gtuww.hiks

untuk pasangan yang berjauhan seperti saya,ada hikmah di sebalik semua yang terjadi.akan hadir manisnya di kemudian hari..untuk yang memang tinggal sebumbung,anda sangat beruntung!alhamdulillah..=)