lil precious

lbdf.lilypie.com/TikiBlogger.php/Ce1y

Saturday, December 29, 2012

shopping buku aktiviti

assalamualaikum semua!

tinggal lagi dua hari sebelum sesi persekolahan bermula dan juga bermulanya tahun 2013.ngam2 je kan,buka sekolah je tahun baru.usia pun dah menginjak ke..tettt.haha..

hari ni tiba2 rasa nak beli buku aktiviti budak2 tu..ralitla bila duk membelek2,pilih buku yang mana sesuai untuk budak2 ni..tadi cari buku aktiviti untuk tahun 1,4 dan 6..banyak buku2 baru dah ada,so jadi rambang mata.untuk darjah 1 pun dah banyak,yang siap untuk pentaksiran ada,senang kerja cikgu ni kan,tak payah nak letak band2 bagai..ikutkan hati nak beli banyak tapi untuk permulaan,beli sikit dulu.lagipun sekolah punya pun ada jugak..

aku suka je guna buku aktiviti,banyak sikit inputnya.kalau nak bergantung pada buku teks je macam tak cukup je.bagi aku la..jadi melabur sikit untuk buku2 ni apa salahnya kan..

sekarang buku2 banyak yang murah.kalau buku kecil saiz buku tulis tu tak sampai RM4,kalau budak2 beli untuk guna dalam kelas pun ok jugak kan..aku terfikir nak beli buku kecil ni untuk budak tahun 6.takpayahla aku fotostet je memanjang.kalau budak dah ada senang.tapi kena tanya budak2 dulula sebab ada sesetengah ibubapa keberatan nak melabur walhal untuk buku2 tambahan anak2 ni.hurmmm.payah jugak kalau macam tu.tapi rasanya kalau untuk buku harga RM4,aku rasa takde masalah kot.apa2 pun kena cuba dulu,insyaAllah boleh.

tiba2 banyak pula plan aku bila dah tau nak ajar darjah 6 dengan jadi panitia ni.semoga dipermudahkanNya..aku teringin nak tengok murid2 aku ni rasa selesa guna Bahasa Inggeris.tahun 2012 masa aku ajar tahun 2,aku sanggup tak bagi budak pergi tandas selagi mereka tak hafal ayat 'may I go to the restroom,please?' memang budak2 dah hafal ayat tu ,nak ke tandas punya pasal. lagi satu masa aku sampai sekolah,berebutnyalah nak bawak beg aku.tu pun dengan syarat kena cakap 'may i carry your bag,please?' bila dah cakap betul baru aku bagi.ada budak tu sungguh2 nak bawak beg aku,beg dah kat tangan ni,bila cakap je, 'may bag your carry please?' alahai tunggang terbalik pulak tu,sayang.tapi lama2 dia berjaya jugak..hikss

5 buah buku hasil tangkapan di PSI

seronok je bergelumang dengan kanak2 ni..tapi tahun 6 aku tak pastila.kalau tahun 2 ni aku suke,tambah2 comel2 je lagi ni.aku pernah mengajar tahun 6 tapi hanya untuk kelas tambahan sahaja.tahun depan sepenuh masa lah.kita tengok jadi apa.till then,semoga berjaya dalam apa yang kamu lakukan.<love>

Friday, December 28, 2012

back to school

assalamualaikum..

minggu depan hari persekolahan sudah bermula.adakah cikgu2 sudah bersedia mental dan fizikal untuk kembali bekerja?lama sungguh cutinya kan.aku pun rasa macam lemau2 dah lama sangat bercuti.tapi sudah tanggungjawab,marilah kita sama2 menjalankannya.

menginjak tahun baru,tugas2 baru juga sedia menanti.tugas yang paling tak ku sangka ialah dilantik Ketua Panitia Bahasa Inggeris..pengalaman memang kosong,taktau apa2..nak taknak kena terima sebab kekurangan guru.guru opsyen BI dua orang dah bertukar ke sekolah lain.kawan2 seperjuangan sila beri tunjuk ajar ye!

lagi satu aku diberi peluang mengajar tahun 6.yaaaa..inilah cabaran sebenar.takut tapi masa ni lah kita nak menguji diri sendiri.mesti banyak benda nak buat untuk menjayakan budak2 ni untuk peperiksaan.insyaAllah..

lagi satu...aku dah bertukar ke sesi pagi.sobs.sedih jugak sebab memang best sangat2 mengajar sesi petang.tapi itulah,kadangkala kita kena berubah angin juga mencuba sesuatu yang baru.aku terima semuanya dengan hati yang terbuka.jangan sedih2 ye..

semoga 2013 membawa rahmat kepada semua.ameen..

Tuesday, December 25, 2012

penangan KAMDAR

assalamualaikum

entry sebelum ni ARIANI,entry sekarang pula ialah KAMDAR.mood nak shopping produk2 BACK TO SCHOOL masih belum habiss.hari ni krismas kan,so masih dalam cuti sekolah.dan aku rasa macam nak keluar berjalan-jalan walaupun sekarang musim hujan+banjir+sejukkk.nak jugak!

terima kasih kepada sahabatku norizan aka cik jang yang free di saat aku memerlukan peneman.jom ke KAMDARlah jawabnya.

masuk2 KAMDAR je,terus nampak tanda harga RM3 semeter..mak aiihhhh..ni murah sangat ni..nak dijadikan cerita,rambang mata dan terus beli 6 pasang..tu pun menahan2 jugak dari menambah.cik jang lagi hebat,berpasang2 dibelinya utk sendiri dan juga untuk family dia pakai sempena majlis perkahwinannya nanti.jimat sangat tau.

itu sahaja nak cerita.kalau nak menambah koleksi baju kurung,boleh ke KAMDAR.nak shopping baju2 dan kasut untuk ke sekolah pun ada banyak.aku ni macam murid2 juga,memerlukan stok tudung dan baju kurung yang mencukupi untuk ke sekolah.kalau budak2 boleh shopping untuk BACK TO SCHOOL,cikgunya lagilah lebih dari boleh.hikhik..

jumpa lagi! =) wassalam

ni hasil tangkapanku..=)

Sunday, December 23, 2012

ariani

assalamualaikum..

alhamdulillah syukur kesihatanku makin pulih.nak baik cepat tu susahlah tapi pelan2 kayuh insyaAllah  sembuh.walaupun sakit aku masih mampu ke sana ke mari.taknak memanjakan badan ni.lagipun bosan jugak melepek di rumah sepanjang hari.

baru2 ni penjawat awam dapat bonus.tiba2 je ariani buat sale pulak.memang ngam2 dengan bonus keluar.tau2 je kan.tapi yang aku suka sebab all items half price.memula aku memang nak stop beli dulu sebab yang beli sebelum ni ada yang belum pakai lagi memandangkan sekarang cuti sekolah.tapi..tapi...uhuk murah sangat..

kebetulan kawan aku,ainul nabilah ajak ke ariani nak belikan tudung untuk ibunya.aku apa lagi.dari jual mahal jadi terjual terus!dan dia ada kad ahli.bilalah aku nak buat kad ahlinya..tapi aku tak risau sangat sebab aku dikelilingi oleh mereka yang berkad ariani. kawan ada,kat sekolah pun ada,even kakak ipar pun ada.so  takpayahla kad.taktaula akan datang kot2 terbeli lebih terus buat kad.hehe

so sempena sale hujung tahun ni,hasil tangkapan dapatlah dalam 5 helai je.tu pun rasa banyak dah.cukupla untuk stok tahun depan.hujung tahun depan kita beli lagi.beli masa sale sahaja.berbaloi.

sebenarnya dulu aku anti ariani.aku tak boleh terima tudung mahal tapi macam tu je,kira aku skeptikal jugakla.macam baik aku beli atas stesen bas ganu dari beli ariani.even masa tunang aku,konon nak cari tudung mahal tapi taknak ariani.lastnya beli tudung desa murni erra fazira yang harganya sama dengan ariani.betapanya aku tak suke tak suke ariani.

semuanya berubah bila aku mencari2 tudung untuk sambut menantu.nak warna kuning.kakak ipar cadangkan usha ariani.aku layankan je.bila da beli satu,barulah perasan...yang sebenarnya aku suka sangat2 tudung ariani pertamaku.kenapa?

pertamanya sebab tudung ariani ni tak labuh dan tak singkat.aku pernah beli tudung awning saiz L tapi tepinya sangat besar dan tak sesuai untuk aku yang bertubuh kecil.bila cuba pakai ariani,walaupun tudung saiz L tapi sangat selesa dan sejuk je bila pakai.sejak dari tu aku memang tak cari tudung lain dah.

walaupun orang cakap tudung ariani corak sama je kat bordernya,tapi aku suka.aku rasa berbaloi beli tudung ni.bolehla cakap macam tu sebab dah kerja kan.dulu2 memang rasa mahal sangat tapi sekarang berbaloi sebab pakai hari2.

bercakap tentang brand,tak dinafikan ada sesetengah orang beli sebab nak nampak brand.aku pun tak terkecuali.tapi aku rasa ariani ni mampu milik.tengoklah bila sale,harganya sama je macam tudung2 kat luar sana.dan aku pilih ariani.ok sekian saja promosi ariani.sapa2 yang berminat boleh tengok website dulu.tillwe meet again!



https://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=1&cad=rja&ved=0CC0QFjAA&url=http%3A%2F%2Fariani.my%2F&ei=xBLXUIO8CsnQrQfs5YH4BA&usg=AFQjCNF8mH2J6oLPzxvC7P3tBajEMv1XSA&sig2=UT12ji9M5Q21ANwpkZYgEQ

Saturday, December 22, 2012

sakit itu penghapus dosa

assalamualaikum..
 Ya Allah lama sungguh tidak berkesempatan menjenguk blog sendiri.banyak yang terjadi sepanjang cuti sekolah ini.alhamdulillah kerana masih dalam cuti namun ujian datang tanpa kita duga.ujian untuk menguatkan keimanan kita terhadap Allah,untuk menguji kita sebagai hambaNya,kita hanya mampu ikhtiar dan segalanya terserah padaNya.

alhamdulillah aku masih mampu menulis dan menjalankan kehidupan seperti biasa.syukur Ya Allah memberi aku peluang untuk terus hidup dan beribadah kepadamu.

doakan aku sembuh seperti biasa.aku ingin kembali bekerja mendidik anak2 dengan penuh semangat.Ya Allah sembuhkanlah.hanya kepadaMu aku meminta pertolongan.

..aku rindu suamiku..ingin rasanya memeluk dirinya di saat aku kesakitan.Ya Allah kuatkanlah aku..

Sunday, December 16, 2012

jom masak!

assalamualaikum =)

haa ni nak cerita tentang masakan.sejujurnya aku agak tidak mahir dalam bab-bab memasak lauk-pauk.taktaula kenapa sampai ke hari ni aku rasa tak yakin.tapi aku masak jugak,sebab orang kata tak pandai masak takpe,janji rajin.tapi aku ni takdela rajin mana,cuma bila mood nak buat sesuatu tu datang,mulalah rajin nak google resepi,beli barang dll.

hari tu first time aku masak untuk suami,tu pun rasa nervous.sambil2 memasak tu duk fikir apa la rasanya nanti bila suami aku makan.tapi alhamdulillah suami aku cakap sedap.taktaula kot2 kalau nak mengambil hati aku pulak kan,hehe.nak tak nak,aku kena perbaiki kemahiran memasak ni,nak2 pulak suami aku ni suka makan,huhu.

kalau masak selain lauk-pauk aku suka,contohnya kuih atau puding.kek aku rasa agak kurang yakin sebab asyik tak jadi je.sobs.aku ni kurang bernasib baik kot bab presentation.macam baru ni aku buat kuih bakar,bentuk dah cun dah,sekali lembik pula.nasibla mak mertua aku cakap sedap.sebab tu aku paling excited kalau menjadi,bolehla aku snap pictures untuk simpanan,hehe.

baru ni aku cuba buat kuih bakar lagi,tekstur dah ok tapi aku ni pulak tak sabar2 nak terbalikkan kuih tu.sekali putus dua.aaaaa..keciwa di situ. then latest aku rasa nak makan puding karamel.bila terbalikkan pun taknak keluar cantik2.sobs sedihnya rasa di hati.tapi aku tetap tak berputus asa,mungkin kena rajin praktis ni.kan3?

tapi yang paling aku suka buat aiskrim.yum3..sebab menjadi.campaklah macamanapun,jadi aiskrim jugak.kesimpulannya,aku pandai buat aiskrim je,haha

okey bawah ni adalah kuih2 yang aku rasa agak berjayalah aku buat.tapi mungkin sekarang kuih aku tak jadi sebab aku dah lama tinggal.(ayat sedapkan hati)
 kuih bakar

 qasidah ikot acuan.tak reti nak buat bentuk bunga ros bagai =p

 haa ni kuih bakar mangga.aku siap blender mangga dua bijik,hihi

 puding karamel

puding buah fevret =)


Saturday, December 15, 2012

gerak hati?


malam tadi aku request gambar dari iskandar.dia bagi gambar desktop dia.iskandar punya yang atas tu.aku macam pernah tengok gambar ni kat mana.cek2 rupanya wallpaper laptop aku jugee..rasa teruja dan pada masa yang sama kagum.macam berpakat je kita ni kan.

ada orang cakap suami isteri ni ada gerak hati yang sama dan seiring.betul atau tidak tu tidaklah dapat dipastikan.Allah Maha Mengetahui..tapi sebelum kahwin lagi kami memang selalu ada sesuatu yang sama.tertulis perkara yang sama,tercakap perkara yang sama,banyak lagilah.inilah yang dikatakan jodoh kan.alhamdulillah.

gerak hati ni banyak jenis.mungkin si isteri tiba2 rasa tak sedap hati,mungkin memikirkan sesuatu yang tak diingini terjadi pada si suami.dan telahan si isteri benar.kita biasa mengalami rasa begini,kan?biasanya si ibulah yang mempunyai gerak hati yang sangat kuat.nak tahu lebih terperinci tentang gerak hati boleh baca link ni;

http://resipihidup-bersamasuzana.blogspot.com/2012/02/kuasa-gerak-hati.html

baiklah setakat ni dulu.harap perkongsian ini bermanfaat untuk semua.assalamualaikum =)

Friday, December 14, 2012



the words are so sweet.i'm thinking of you already,hikkss.you know who you are.love u,nemo!

Thursday, December 13, 2012

review of my 2012

assalamualaikum.

entry kedua ni.rasa sangat kekok nak menulis.tapi layankan jela.blog aku kannn..aku nak cite tentang apa yang berlaku kepada aku sepanjang tahun 2012 ini.sebenarnya banyak jugakla benda2 besar yang terjadi dalam hidup aku di tahun ini.dan aku rasa tahun inilah yang paling membawa seribu erti kepada aku.nak tau?

1) hijrah
 
    pernah tak rasa apa jadi bila kita mati nanti?apa rasa bila kita berada dalam kubur?pernah tak korang rasa macam tu dan rasa sangat takut?dulu aku rasa aku tutup kepala aku tutup aurat.aku singsing lengan baju sampai siku pun benda normal.aku rasa biasa je.nak main air kat pantai angkat seluar sampai lutut pun takde rasa bersalah.bersalah pada Allah.sehinggalah sampai satu masa,aku rasa aku kena buat sesuatu.sesuatu yang selama ni sangat asing bagi aku.asing sebab tidak pernah menjadi kebiasaan.menutup aurat dengan sebenar2 menutupnya.

    benarlah,bila kita berubah ujian yang datang bukan sedikit.aku hampir2 putus asa sebab ada yang memandang sinis.tapi bila da biasa,alhamdulillah semuanya sangat senang.Allah permudahkan.nasihat aku untuk mereka di luar sana yang sama seperti aku,ikut kata hati.Allah memberi hidayah tanpa kita sedari.

 
2) posting

lama menunggu untuk bekerja,16 januari 2012,aku mendapat pekerjaan sebenar-benarnya.guru.setelah berhempas pulas selama 6 tahun,akhirnya aku berjaya menjadi seorang guru.aku berangan sebenarnya,dapat posting luar terengganu.semuanya aku siapkan untuk berpindah ke tempat baru.baju2 barang2 yang biasanya aku pack untuk menetap di asrama aku siapkan segalanya.tapi bila sampul surat itu aku buka,aku hanya mampu mengucapkan syukur.SK Wakaf Tapai.jimat segala2nya weh.makan tempat tinggal semuanya pama.hehehe

3) ketemu iskandar

part ni yang sangat aku tak sangka2.aku tau iskandar di facebook.aku memang fren dgn dia sejak sekian lama.cuma tak pernah menyapa.ada pun cuma sekali dua,itupun bertahun2 sudah.cuma satu yang menghubungkan kami; POKE.aku poke mu,mu poke aku.poke sampai sudah.

alkisahnya aku sekelas dgn iskandar di tingkatan 3.yang aku tau tentang dia,dia pelajar bermasalah.dari kelas no 2 kena sumbat kelas paling hujung.orang panggil kelas lanun.tapi aku tengok dia takdela teruk sangat.nakal  je lebih.teringat pulak cerita mak iskandar.mak iskandar ckp cikgu esah,mak ainul kawan aku ni taknak terima iskandar masuk sekolah ni sebab sekolah lama dulu dia bakar tilam sekolah dll..tapi last2 dpt masuk jugak.iskandar oh iskandar.ini hanya sebahagian je cerita kenakalan iskandar..senyum sorang aku bila ingatkan dia.haihss.

oh cemane jumpa?bila dah poke tahap maksimum ni,lastnya iskandar PM aku.katanya udah2la pokenya..haha.sejak dari tu kami rajinla jugak mesej2 calling2.sejak bila terjatuh cinta tu taktaula.yang pasti aku memang dah tersuke,tercinta dan tersayang.ayat aku lebih kurang macam ni, "mu rasa dop apa yang aku rasa?"aku nervous jugak nak dapat respon.alhamdulillah dia juga merasakan hal yang sama.

4) bertunang

aku sedia maklum iskandar nak ke lubnan untuk misi pengaman,so kami bercadang nak mendirikan masjid sekembalinya dia dari sana.pada satu hari,iskandar call ckp nak tunang.erk??aku memang tak expect nak tunang bagai.tapi dah orang tanya,sapa takmo?so 20 april 2012 kami selamat bertunang.alkisahnya aku tak pernah berjumpa iskandar ni.jumpa pun last tahun bila ntah.so agak nervous.nak tunang ni tapi tak jumpa depan2,tengok gambar2 je..so beberapa hari sebelum bertunang aku berpeluangla berjumpa bakal tunang.emmm emmmm..ok lulus.ayah aku pun masa mula2 aku cakap nak tunang,dia ingat kawan aku yang nak tunangnya.oh mai..


5) menikah

plan asal nak tunang setahun.tup2 tak sampai setahun kami dah jadi suami isteri pada 15 september 2012..syukur sangat2.Allah permudahkan.aku gembira dengan kehidupan baru ni.semoga Allah memberkati kehidupan kami ini.ameen.

6) p.j.j

normallah sekarang orang baru kahwin kena perhubungan jarak jauh.same here.tapi ni jauh di lubnan.Ya Allah tabahkanlah hatiku.tapi yang aku tau,nak rindu banyak2 pun takde hal sebab dah halal.hikksss.

banyak tak benda besar dalam hidup azhieeda ni?Allah memberi di saat yang tidak disangka2.syukur sangat2.semoga Allah panjangkan nikmat2 ini.Ameen Ya Rabb.

-gambar nikah nantila aku tunjuk.aku malas ni.heh

hello again!

assalamualaikum!

masuk lagi aku dalam alam blog ni.rasa semacam malas untuk menaip-naip lagi,tapi masih ada sisa-sisa penulis dalam diri.tambahan pula aku masih lagi follower untuk semua blog2 yang aku follow.setiap hari memang tak sah kalau tak buka dashboard nak baca semua blog yang best2,tapi diri sendiri takde blog.hikss

for starters,aku dah kahwin! hihi nak juga bagitau semua.tapi seiring dengan pertambahan usia,kita juga menginginkan seseorang yang dapat menjaga kita dengan penuh kasih sayang gituww.kalau berkesempatan aku cerita macamana aku boleh jumpa balik dengan suami aku ni.

baiklah,marilah kita berhenti menulis.mentang2 cuti sekolah larat pula aku duk menaip ni.jumpa lagi!