lil precious

lbdf.lilypie.com/TikiBlogger.php/Ce1y

Sunday, December 23, 2012

ariani

assalamualaikum..

alhamdulillah syukur kesihatanku makin pulih.nak baik cepat tu susahlah tapi pelan2 kayuh insyaAllah  sembuh.walaupun sakit aku masih mampu ke sana ke mari.taknak memanjakan badan ni.lagipun bosan jugak melepek di rumah sepanjang hari.

baru2 ni penjawat awam dapat bonus.tiba2 je ariani buat sale pulak.memang ngam2 dengan bonus keluar.tau2 je kan.tapi yang aku suka sebab all items half price.memula aku memang nak stop beli dulu sebab yang beli sebelum ni ada yang belum pakai lagi memandangkan sekarang cuti sekolah.tapi..tapi...uhuk murah sangat..

kebetulan kawan aku,ainul nabilah ajak ke ariani nak belikan tudung untuk ibunya.aku apa lagi.dari jual mahal jadi terjual terus!dan dia ada kad ahli.bilalah aku nak buat kad ahlinya..tapi aku tak risau sangat sebab aku dikelilingi oleh mereka yang berkad ariani. kawan ada,kat sekolah pun ada,even kakak ipar pun ada.so  takpayahla kad.taktaula akan datang kot2 terbeli lebih terus buat kad.hehe

so sempena sale hujung tahun ni,hasil tangkapan dapatlah dalam 5 helai je.tu pun rasa banyak dah.cukupla untuk stok tahun depan.hujung tahun depan kita beli lagi.beli masa sale sahaja.berbaloi.

sebenarnya dulu aku anti ariani.aku tak boleh terima tudung mahal tapi macam tu je,kira aku skeptikal jugakla.macam baik aku beli atas stesen bas ganu dari beli ariani.even masa tunang aku,konon nak cari tudung mahal tapi taknak ariani.lastnya beli tudung desa murni erra fazira yang harganya sama dengan ariani.betapanya aku tak suke tak suke ariani.

semuanya berubah bila aku mencari2 tudung untuk sambut menantu.nak warna kuning.kakak ipar cadangkan usha ariani.aku layankan je.bila da beli satu,barulah perasan...yang sebenarnya aku suka sangat2 tudung ariani pertamaku.kenapa?

pertamanya sebab tudung ariani ni tak labuh dan tak singkat.aku pernah beli tudung awning saiz L tapi tepinya sangat besar dan tak sesuai untuk aku yang bertubuh kecil.bila cuba pakai ariani,walaupun tudung saiz L tapi sangat selesa dan sejuk je bila pakai.sejak dari tu aku memang tak cari tudung lain dah.

walaupun orang cakap tudung ariani corak sama je kat bordernya,tapi aku suka.aku rasa berbaloi beli tudung ni.bolehla cakap macam tu sebab dah kerja kan.dulu2 memang rasa mahal sangat tapi sekarang berbaloi sebab pakai hari2.

bercakap tentang brand,tak dinafikan ada sesetengah orang beli sebab nak nampak brand.aku pun tak terkecuali.tapi aku rasa ariani ni mampu milik.tengoklah bila sale,harganya sama je macam tudung2 kat luar sana.dan aku pilih ariani.ok sekian saja promosi ariani.sapa2 yang berminat boleh tengok website dulu.tillwe meet again!



https://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=1&cad=rja&ved=0CC0QFjAA&url=http%3A%2F%2Fariani.my%2F&ei=xBLXUIO8CsnQrQfs5YH4BA&usg=AFQjCNF8mH2J6oLPzxvC7P3tBajEMv1XSA&sig2=UT12ji9M5Q21ANwpkZYgEQ

No comments:

Post a Comment