lil precious

lbdf.lilypie.com/TikiBlogger.php/Ce1y

Saturday, May 11, 2013

kanak-kanak pun nak mengundi!

esok harinya selepas negara selesai mengundi,ku ke sekolah dengan berat hati dan berat mata.penat jaga tempat mengundi tak hilang lagi,kena datang kerja esoknya.punyalah yakin esoknya cuti dengan bangun lambatnya,baju tak gosoknya dengan mata separuh terbuka,ku gagahi jua.oh my school..

seriously memang dari pagi hingga waktu loceng terakhir berbunyi mata aku ni separuh terbuka.mata hanya cerah bila masuk darjah satu.kagum tengok bilangan murid yang wow! sikitnya! rasa tenang dan aman dibandingkan dengan hari2 biasa bilamana kanak2 darjah satu meloncat2 berlari2 waktu cikgunya ini mengajar.hari ni semua kanak2 jurus belaka..duduk diam2 kt meja masing2.takde gengla tu nak hu ha hu ha.kan3?hahaha..tapi sekolah hari tu memang lengang dengan majoriti murid2 tak hadir,bajet cutila tu.semua kelas hanya separuh kedatangan je.untuk darjah 1 ni memang heaven la,boleh mengajar dengan aman!

masing2 khusyuk siapkan latihan yang diberi,mataku tertumpu pada kanak2 yang dh siap buat kerja.di tangan mereka ada kertas hijau dan biru,carikan dari buku catatan kecil mereka yang berwarna-warni.yang peliknya hanya warna biru dan hijau yang dipilih.rupanya sedang khusyuk melukis bendera parti masing2.si daniel syamim melukis gambar dacing yang berat sebelah tapi ada nampak rupa dacing manakala si amir firdaus melukis gambar bulan yang terlalu kecil.ooo lalalala..apa kamu buat ni anak2 oi?kedengaran sesama mereka berdiskusi tentang nak sokong parti mana.ada yang pilih bulan,tak kurang juga dacing.sudah kedengaran agak berkelahi di situ.namun situasi terkawal.manakan tidak,jalan menuju ke sekolah dipenuhi dengan bendera yang agak sarat.itulah santapan mata mereka setiap hari.

cikgu menenangkan suasana tegang dengan snap2 gambar.haha..saja santai2,snap2 sikit gambar kanak2

cilik ni..yang pasti ini bukan kelas pendidikan seni visual tentang cara2 melukis bendera kertas dengan betul.