lil precious

lbdf.lilypie.com/TikiBlogger.php/Ce1y

Saturday, December 29, 2012

shopping buku aktiviti

assalamualaikum semua!

tinggal lagi dua hari sebelum sesi persekolahan bermula dan juga bermulanya tahun 2013.ngam2 je kan,buka sekolah je tahun baru.usia pun dah menginjak ke..tettt.haha..

hari ni tiba2 rasa nak beli buku aktiviti budak2 tu..ralitla bila duk membelek2,pilih buku yang mana sesuai untuk budak2 ni..tadi cari buku aktiviti untuk tahun 1,4 dan 6..banyak buku2 baru dah ada,so jadi rambang mata.untuk darjah 1 pun dah banyak,yang siap untuk pentaksiran ada,senang kerja cikgu ni kan,tak payah nak letak band2 bagai..ikutkan hati nak beli banyak tapi untuk permulaan,beli sikit dulu.lagipun sekolah punya pun ada jugak..

aku suka je guna buku aktiviti,banyak sikit inputnya.kalau nak bergantung pada buku teks je macam tak cukup je.bagi aku la..jadi melabur sikit untuk buku2 ni apa salahnya kan..

sekarang buku2 banyak yang murah.kalau buku kecil saiz buku tulis tu tak sampai RM4,kalau budak2 beli untuk guna dalam kelas pun ok jugak kan..aku terfikir nak beli buku kecil ni untuk budak tahun 6.takpayahla aku fotostet je memanjang.kalau budak dah ada senang.tapi kena tanya budak2 dulula sebab ada sesetengah ibubapa keberatan nak melabur walhal untuk buku2 tambahan anak2 ni.hurmmm.payah jugak kalau macam tu.tapi rasanya kalau untuk buku harga RM4,aku rasa takde masalah kot.apa2 pun kena cuba dulu,insyaAllah boleh.

tiba2 banyak pula plan aku bila dah tau nak ajar darjah 6 dengan jadi panitia ni.semoga dipermudahkanNya..aku teringin nak tengok murid2 aku ni rasa selesa guna Bahasa Inggeris.tahun 2012 masa aku ajar tahun 2,aku sanggup tak bagi budak pergi tandas selagi mereka tak hafal ayat 'may I go to the restroom,please?' memang budak2 dah hafal ayat tu ,nak ke tandas punya pasal. lagi satu masa aku sampai sekolah,berebutnyalah nak bawak beg aku.tu pun dengan syarat kena cakap 'may i carry your bag,please?' bila dah cakap betul baru aku bagi.ada budak tu sungguh2 nak bawak beg aku,beg dah kat tangan ni,bila cakap je, 'may bag your carry please?' alahai tunggang terbalik pulak tu,sayang.tapi lama2 dia berjaya jugak..hikss

5 buah buku hasil tangkapan di PSI

seronok je bergelumang dengan kanak2 ni..tapi tahun 6 aku tak pastila.kalau tahun 2 ni aku suke,tambah2 comel2 je lagi ni.aku pernah mengajar tahun 6 tapi hanya untuk kelas tambahan sahaja.tahun depan sepenuh masa lah.kita tengok jadi apa.till then,semoga berjaya dalam apa yang kamu lakukan.<love>

Friday, December 28, 2012

back to school

assalamualaikum..

minggu depan hari persekolahan sudah bermula.adakah cikgu2 sudah bersedia mental dan fizikal untuk kembali bekerja?lama sungguh cutinya kan.aku pun rasa macam lemau2 dah lama sangat bercuti.tapi sudah tanggungjawab,marilah kita sama2 menjalankannya.

menginjak tahun baru,tugas2 baru juga sedia menanti.tugas yang paling tak ku sangka ialah dilantik Ketua Panitia Bahasa Inggeris..pengalaman memang kosong,taktau apa2..nak taknak kena terima sebab kekurangan guru.guru opsyen BI dua orang dah bertukar ke sekolah lain.kawan2 seperjuangan sila beri tunjuk ajar ye!

lagi satu aku diberi peluang mengajar tahun 6.yaaaa..inilah cabaran sebenar.takut tapi masa ni lah kita nak menguji diri sendiri.mesti banyak benda nak buat untuk menjayakan budak2 ni untuk peperiksaan.insyaAllah..

lagi satu...aku dah bertukar ke sesi pagi.sobs.sedih jugak sebab memang best sangat2 mengajar sesi petang.tapi itulah,kadangkala kita kena berubah angin juga mencuba sesuatu yang baru.aku terima semuanya dengan hati yang terbuka.jangan sedih2 ye..

semoga 2013 membawa rahmat kepada semua.ameen..

Tuesday, December 25, 2012

penangan KAMDAR

assalamualaikum

entry sebelum ni ARIANI,entry sekarang pula ialah KAMDAR.mood nak shopping produk2 BACK TO SCHOOL masih belum habiss.hari ni krismas kan,so masih dalam cuti sekolah.dan aku rasa macam nak keluar berjalan-jalan walaupun sekarang musim hujan+banjir+sejukkk.nak jugak!

terima kasih kepada sahabatku norizan aka cik jang yang free di saat aku memerlukan peneman.jom ke KAMDARlah jawabnya.

masuk2 KAMDAR je,terus nampak tanda harga RM3 semeter..mak aiihhhh..ni murah sangat ni..nak dijadikan cerita,rambang mata dan terus beli 6 pasang..tu pun menahan2 jugak dari menambah.cik jang lagi hebat,berpasang2 dibelinya utk sendiri dan juga untuk family dia pakai sempena majlis perkahwinannya nanti.jimat sangat tau.

itu sahaja nak cerita.kalau nak menambah koleksi baju kurung,boleh ke KAMDAR.nak shopping baju2 dan kasut untuk ke sekolah pun ada banyak.aku ni macam murid2 juga,memerlukan stok tudung dan baju kurung yang mencukupi untuk ke sekolah.kalau budak2 boleh shopping untuk BACK TO SCHOOL,cikgunya lagilah lebih dari boleh.hikhik..

jumpa lagi! =) wassalam

ni hasil tangkapanku..=)