lil precious

lbdf.lilypie.com/TikiBlogger.php/Ce1y
Showing posts with label shopping. Show all posts
Showing posts with label shopping. Show all posts

Tuesday, December 25, 2012

penangan KAMDAR

assalamualaikum

entry sebelum ni ARIANI,entry sekarang pula ialah KAMDAR.mood nak shopping produk2 BACK TO SCHOOL masih belum habiss.hari ni krismas kan,so masih dalam cuti sekolah.dan aku rasa macam nak keluar berjalan-jalan walaupun sekarang musim hujan+banjir+sejukkk.nak jugak!

terima kasih kepada sahabatku norizan aka cik jang yang free di saat aku memerlukan peneman.jom ke KAMDARlah jawabnya.

masuk2 KAMDAR je,terus nampak tanda harga RM3 semeter..mak aiihhhh..ni murah sangat ni..nak dijadikan cerita,rambang mata dan terus beli 6 pasang..tu pun menahan2 jugak dari menambah.cik jang lagi hebat,berpasang2 dibelinya utk sendiri dan juga untuk family dia pakai sempena majlis perkahwinannya nanti.jimat sangat tau.

itu sahaja nak cerita.kalau nak menambah koleksi baju kurung,boleh ke KAMDAR.nak shopping baju2 dan kasut untuk ke sekolah pun ada banyak.aku ni macam murid2 juga,memerlukan stok tudung dan baju kurung yang mencukupi untuk ke sekolah.kalau budak2 boleh shopping untuk BACK TO SCHOOL,cikgunya lagilah lebih dari boleh.hikhik..

jumpa lagi! =) wassalam

ni hasil tangkapanku..=)

Sunday, December 23, 2012

ariani

assalamualaikum..

alhamdulillah syukur kesihatanku makin pulih.nak baik cepat tu susahlah tapi pelan2 kayuh insyaAllah  sembuh.walaupun sakit aku masih mampu ke sana ke mari.taknak memanjakan badan ni.lagipun bosan jugak melepek di rumah sepanjang hari.

baru2 ni penjawat awam dapat bonus.tiba2 je ariani buat sale pulak.memang ngam2 dengan bonus keluar.tau2 je kan.tapi yang aku suka sebab all items half price.memula aku memang nak stop beli dulu sebab yang beli sebelum ni ada yang belum pakai lagi memandangkan sekarang cuti sekolah.tapi..tapi...uhuk murah sangat..

kebetulan kawan aku,ainul nabilah ajak ke ariani nak belikan tudung untuk ibunya.aku apa lagi.dari jual mahal jadi terjual terus!dan dia ada kad ahli.bilalah aku nak buat kad ahlinya..tapi aku tak risau sangat sebab aku dikelilingi oleh mereka yang berkad ariani. kawan ada,kat sekolah pun ada,even kakak ipar pun ada.so  takpayahla kad.taktaula akan datang kot2 terbeli lebih terus buat kad.hehe

so sempena sale hujung tahun ni,hasil tangkapan dapatlah dalam 5 helai je.tu pun rasa banyak dah.cukupla untuk stok tahun depan.hujung tahun depan kita beli lagi.beli masa sale sahaja.berbaloi.

sebenarnya dulu aku anti ariani.aku tak boleh terima tudung mahal tapi macam tu je,kira aku skeptikal jugakla.macam baik aku beli atas stesen bas ganu dari beli ariani.even masa tunang aku,konon nak cari tudung mahal tapi taknak ariani.lastnya beli tudung desa murni erra fazira yang harganya sama dengan ariani.betapanya aku tak suke tak suke ariani.

semuanya berubah bila aku mencari2 tudung untuk sambut menantu.nak warna kuning.kakak ipar cadangkan usha ariani.aku layankan je.bila da beli satu,barulah perasan...yang sebenarnya aku suka sangat2 tudung ariani pertamaku.kenapa?

pertamanya sebab tudung ariani ni tak labuh dan tak singkat.aku pernah beli tudung awning saiz L tapi tepinya sangat besar dan tak sesuai untuk aku yang bertubuh kecil.bila cuba pakai ariani,walaupun tudung saiz L tapi sangat selesa dan sejuk je bila pakai.sejak dari tu aku memang tak cari tudung lain dah.

walaupun orang cakap tudung ariani corak sama je kat bordernya,tapi aku suka.aku rasa berbaloi beli tudung ni.bolehla cakap macam tu sebab dah kerja kan.dulu2 memang rasa mahal sangat tapi sekarang berbaloi sebab pakai hari2.

bercakap tentang brand,tak dinafikan ada sesetengah orang beli sebab nak nampak brand.aku pun tak terkecuali.tapi aku rasa ariani ni mampu milik.tengoklah bila sale,harganya sama je macam tudung2 kat luar sana.dan aku pilih ariani.ok sekian saja promosi ariani.sapa2 yang berminat boleh tengok website dulu.tillwe meet again!



https://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=1&cad=rja&ved=0CC0QFjAA&url=http%3A%2F%2Fariani.my%2F&ei=xBLXUIO8CsnQrQfs5YH4BA&usg=AFQjCNF8mH2J6oLPzxvC7P3tBajEMv1XSA&sig2=UT12ji9M5Q21ANwpkZYgEQ