lil precious

lbdf.lilypie.com/TikiBlogger.php/Ce1y

Thursday, March 7, 2013

almost 5 months

assalamualaikum,

kalu tengok tajuk mesti bajet macam dah pregnant nak masuk 5 bulan.hikss..macam pagi tadila aku cek in kat Klinik Kesihatan Bukit Payung,kak miza terus komen tanya ada isi ke tak?sensitip kalu bab2 klinik kesihatan ni.almaklumlah ibu2 mengandung kan wajib ke sini.hehehe..insyaAllah i will and soon going to Klinik Kesihatan for that one reason. =)

nak cite sal 5 bulan.pejam celik dah nak masuk 5bulan berjauhan dengan suami. tahun lepas aku hantar iskandar bulan 10.ni dah bulan 3..tibe2 cepat pulak.after hantar iskandar tu setiap hari rasa laaamaa sangat.dahla bulan 11 dgn 12 cuti.memang termenung jauhla aku ni.rasa patah kaki..nangis tu mcm dah jadi makanan ruji.aku macam takboleh terima jugakla dia ke sana untuk setahun.

then abes cuti n start keje,baru rasa OK sikit sebab bz sgt kan.ok la at least aku takde buang masa pikir bila suami nak balik jee..n now i am counting days for him to come home!rasenye ade dalam sebulan lebey kot.jom membilang hari! excited sangat2 ni,dahla da lame tak skype,just bbm n tgok gambo2 je.tapi bersyukur sgt2 sebab masih dapat berhubung walau dipisahkan dengan benua dan lautan.hehe

aku xtaula orang lain tapi 5bulan tu satu jangka masa yang agak lama untuk pasangan yang baru mendirikan rumah tangga macam aku ni.kami menikah kemudian dalam masa 3 minggu camtu suami dah ke seberang laut..masa tunang ritu dengan yakin cakap boleh terima sebab dah memang tugas dia kan.tapi sekarang ni kena kuatkan hati dan perasaan.alhamdulillah Allah sentiasa disisi dan family n family in law pun sgt2 supportive.love u olls! yang paling penting,rasa macam bercinta gtuww.hiks

untuk pasangan yang berjauhan seperti saya,ada hikmah di sebalik semua yang terjadi.akan hadir manisnya di kemudian hari..untuk yang memang tinggal sebumbung,anda sangat beruntung!alhamdulillah..=)


Tuesday, February 12, 2013

rumpai laut for sale!!

assalamualaikum,

lama tak menyinggah ke blog sendiri.kemalasan berganda2 untuk menaip entry baru.paksakan diri jugak ni sebab nak cerita tentang rumpai laut.aku mula makan rumpai laut ni sebab duk tengok kat FB sal khasiat rumpai laut yang sangat bagus untuk kulit.kebetulan pula kakak ipar aku kakja memang makan rumpai laut so nak cuba jugakla.pantang betol kalau ada benda2 baru mesti nak cuba,hehe

yang lecehnya tentang rumpai laut ni sebab kena masak sendiri.biasa kita beli produk kecantikan yang dah siap,tinggal nak telan je.sebab aku ni jenis yang sanggup,so masakla jugak..bila da mula makan rumpai laut ni,dah jadi ketagih,rasa macam kalau tak makan sehari tu rasa tak lengkap regime pemakanan harian aku..setelah sebulan mengambil rumpai laut ni dengan penuh istiqamah,alhamdulillah memang dapat rasa perbezaanya.aku punya tapak tangan dan tapak kaki yang agak kasar.sejak consume seaweed ni,tapak tangan dengan tapak kaki jadi sangat soft and supple,rasa sangat wahhhhh!lembutnyaaaa..pastu dak circles pun dah kurang,rasa lebih bertenaga dan lawass..rumpai laut ni ala2 kita makan sayur jugak sebab ianya kaya dengan serat..


ni steps untuk masak rumpai laut.kalau nak detail lagi sila google @ browse my fb page =)



 yang ni aku jual area marang dan kuala terengganu.1 bekas ni hanya RM5 sahaja..hehehe




 ni pulak cara aku makan rumpai laut,minum sekali dengan air sirap.nyummm.ala2 cincau gtuwww

haa yang ni korang boleh tengok sendiri.lain kan lepas makan rumpai laut.yang pentingnya,semuanya dari Allah.kita hanya mampu berusaha dan berdoa serta berserah padaNya.. =)

Sunday, January 13, 2013

selamat hari lahir suamiku =)

assalamualaikum...

lama tidak menapak di blog sendiri..tergerak hati nak menulis tapi ada sahaja kekangan masa..agak sibuk kebelakangan ini..alhamdulillah malam ni ada free sikit so kita update sikit ye.

hari ni 13 Januari 2013,hari lahir suamiku,Che Ku Edy Iskandar yang ke..tu kena tanya empunya diri,hehe.tahun ni empunya diri menyambut hari lahir di Beirut dan si isteri pun tak mampu nak meraikan hari istimewa si suami.walaubagaimanapun,si isteri telah berjaya mengadakan majlis harijadi bagi pihak si suami dengan bantuan family in law.hikss sukee

nak pos hadiah,kos agak mahal so aku mampu beli sebiji kek je.seperti biasa tempah dengan che nor dari sweetpea.aku cuma nak kek warna hijau gelap dan sedikit wordings atas kek tapi che nor came out with a soldier on the cake! LOVE IT TO THE MAX!



my sister in law suggest buatkan satu video untuk tatapan iskandar.aku bab2 video ni aku fail,sebab aku malu dan segan,haha.tapi secara spontannya terjadilah aku dan ucapanku itu.abaikan muka aku yang kedut2 tahan malu,kikiki.



untuk hubby,please take care of yourself and please please come back soon.i miss you so much!

orait itu sahaja updatenya..take care loves!